Sukan Hari Ini

Chong Wei Tak Sabar Beraksi

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang ‘terpaksa menggantung raket sementara’ untuk menjalani rawatan selepas disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama menegaskan dia tidak sabar untuk kembali ke gelanggang.

Memetik laporan BH Online, bekas pemain nombor satu dunia itu menyuarakan keinginannya itu kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang melawatnya hari ini.

Khairy dalam laman Instagram turut memuat naik gambar beliau bersama Chong Wei yang kelihatan ceria selepas kembali daripada menjalani rawatan kanser hidung tahap pertama di Taiwan pada hujung minggu lalu.

“Saya melawat juara ini hari ini. Dia kembali selepas enam minggu menjalani rawatan kanser di Taiwan.

“Kehilangan lima kilogram, kebanyakannya kerana jisim otot. Prognosis (ramalan doktor) adalah baik. Perlu menguatkan sistem imunisasi,” kata Khairy dalam laman Instagram miliknya.

Khairy berkata, beliau gembira melihat Chong Wei mempunyai semangat yang tinggi dan menjalani rawatan dengan baik.

“Malaysia mendoakan anda cepat sembuh dan kembali pulih sepenuhnya!” katanya.

Sebelum ini, teka-teki mengenai masa depan Chong Wei, 36, sama ada kembali aktif sebagai pemain timbul selepas disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");