Perak Hari Ini

Cucur Udang Bersama Teh Tarik Percuma, Menu Terbaharu MU Hotel

IPOH: MU Hotel, di sini, hari ini melancarkan menu terbaharu mereka iaitu cucur udang yang dihidangkan bersama dengan pilihan minuman panas secara percuma.

Pengarah Jualannya, Lanny Lee berkata, hanya dengan harga RM9.90, pelanggan boleh menikmati sepinggan cucur udang serta boleh memilih sama ada teh tarik ataupun kopi sebagai minuman sampingan.

Jelasnya, menu tersebut boleh didapati di cafe hotel tersebut bermula jam 2 petang sehingga 5 petang, setiap hari.

“Menu ini merupakan menu terbaharu kita bagi set minum petang. Ia terbuka kepada orang ramai malah, kita juga sedia menerima sebarang tempahan untuk sebarang sesi minum petang.

“Kita juga menerima sebarang tempahan untuk lebih kurang 30 orang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain cucur udang, antara menu yang turut menarik perhatian sekitar 50 orang yang hadir petang tadi ialah seperti bihun goreng, roti jala, mi sup, serta aneka kuih moden dan tradisional.

Dalam majlis pelancaran menu terbaharu tersebut, turut diadakan juga, acara pertunjukkan fesyen kontemporari oleh Butik Erika serta solekan Seri Ayu Enterprise.

Sembilan orang model tampil memperagakan pakaian-pakaian yang direka sendiri butik tersebut pada majlis berkenaan.

Antara pakaian yang diperagakan termasuk, baju kurung, baju kebaya, baju batik, jubah, kurta serta pelbagai jenis tudung.

Ujar Lanny, acara yang berlansung selama sehari itu merupakan julung kali diadakan di MU Hotel dan tidak menolak kemungkinan ia akan diteruskan pada masa hadapan.

Tambahnya lagi, hotel tersebut juga akan memperbanyakkan lagi aktiviti sampingan bagi menarik lebih lagi kedatangan orang ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");