Berita Hari Ini

Cukai Baharu Bakal Diperkenalkan Demi Bayar Hutang Negara

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk dikenakan cukai baharu yang melibatkan beberapa pengorbanan dan penderitaan.

Langkah itu adalah bagi membolehkan kerajaan memperoleh pendapatan baharu untuk membayar bebanan hutang yang tinggi disebabkan oleh pentadbiran terdahulu.

Perkara itu adalah mesej utama oleh perdana menteri menjelang Bajet 2019 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 November ini.

Bercakap dalam persidangan pelabur pada Selasa yang dihadiri oleh para pengurus bank dan pengurus dana, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hutang negara telah menjadikan Malaysia daripada harimau Asia kepada anak kucing kecil.

Lapor The Star, beliau berkata terdapat cadangan bahawa kerajaan memperkenalkan cukai baharu.

“Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang diterima oleh rakyat tetapi kita perlu memperkenalkan cukai baharu untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang,” katanya dalam ucaptama pada persidangan “Malaysia: A New Dawn”.

Persidangan itu dianjurkan oleh Malayan Banking Bhd, CIMB Group Holdings Bhd dan Kumpulan Perbankan RHB.

Dr Mahathir mengakui bahawa pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Malaysia dalam keadaan baik, tetapi ia ‘dipisahkan’ daripada kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");