Perak Hari Ini

Delegasi Media Indonesia Teruja Melawat MAPS.

IPOH –Movie Animation Park Studios (MAPS) semakin mendapat tarikan pelancong luar apatah lagi dari negara jiran, Indonesia.

Kunjungan delegasi media Indonesia, antara bukti MAPS adalah antara tarikan yang wajid dikunjungi sekiranya melancong ke negeri Perak.

Rata-rata, anggota delegasi menunjukkan rasa kagum dan tertarik dengan pengalaman baru mereka di MAPS.

Seorang deligasil media, Hartati, berkata pertunjukan aksi-aksi extrem yang terdapat di MAPS sangat sesuai bagi pengunjung yang mendambakan keseronokan berbeza dari Taman Tema lain.

“Secara peribadinya, Stunt Show yang saya tonton tadi agak mengejutkan kerana saya seorang yang penakut apabila melihat aksi-aksi yang seperti itu.

“Pada mulanya saya juga berasa ngeri kerana ada aksi yang begitu mencabar tetapi pada masa sama, saya berasa begitu teruja kerana ada aksi-aksi yang begitu mengkagumkan,” katanya selepas selesai menonton Stunt Show.

Malah katanya,pertunjukan aksi yang dipamerkan memberi satu pengalaman menarik kerana ia jarang dipertontonkan secara realistik di mana-mana tempat.

“Pertunjukan sebegini sesuai kepada kanak-kanak jika hanya dijadikan sebagai tontonan yang menghiburkan tetapi bukan untuk ditiru,” katanya.

MAPS telah menerima kunjungan seramai 40 orang delegasi media dari Medan Indonesia, hari ini.

Mereka yang juga merupakan rakan media dari Medan telah disambut mesra oleh pihak MAPS dan diberikan sedikit taklimat mengenai latar belakang MAPS.

Ketua Rombongan Delegasi Persatuan Wartawan Indonesia Sumatera Indonsia (PWI), H Hermansjah, berkata, dengan adanya hubungan sebegini, rakan media dari Indonesia dapat mempromosikan tempat-tempat yang terdapat di Negeri Perak terutamanya MAPS.

“Pusat hiburan seperti MAPS ini sebenarnya telah memberikan kemudahan kepada rakyat Indonesia kerana di Indonesia terdapat pelbagai kekangan yang perlu mereka tangani untuk berhibur.

“Kawasan di sini juga tidak ada kesesakan lalu lintas malahan lebih aman.

“Jika ingin dibandingkan di Indonesia, kemudahan hotel serta taman tema seperti ini lebih mahal berbanding di sini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");