Berita Hari Ini

Ditanya Isu Gambar Tak Berbaju, Syed Saddiq Minta Media Lapor Isu Lebih Penting

KUALA LUMPUR: “Ada banyak perkara lebih mustahak yang patut menjadi perhatian media berbanding gambar tidak berbajunya di Internet”, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut MalaysiaKini, beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu gambarnya sedang menjalani terapi ais dalam tab mandi dengan tidak memakai baju di Instagram sebelum ini sehingga terpaksa memadamkannya.

Ia menerima kritikan hebat pengguna media sosial sehingga beliau terpaksa memadamnya.

“Saya baru komen pasal isu penting dalam Parlimen tadi. Saya cadangkan baik kamu fokus pasal itu juga.

“Kalau boleh buat liputan isu yang lebih penting, saya rasa (itu) lebih mustahak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Anggota parlimen Muar juga tidak menjawab pemberita yang bertanya sama ada isu itu menjadikannya lebih berhati-hati di media sosial selepas ini.

Syed Saddiq sebaliknya berlalu meninggalkan media tanpa memberikan sebarang maklum balas.

Gambar itu dimuat naik Syed Saddiq selepas mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara Sabtu lalu. Terapi ais itu biasanya digunakan untuk mempercepatkan pemulihan akibat kecederaan bersukan.

Gambar itu diiringi kata-kata “Lepas score golden goal, terus kena rendam dalam ais. Good game (Permainan yang bagus). @dugongallstars. #HariSukanNegara.”

Walaupun ada yang melihat gambar itu sebagai perkara biasa, lebih ramai pengguna media sosial merasakan beliau tidak patut berbuat demikian kerana statusnya sebagai menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");