Panasnya Hari Ini

Dr Mahathir Tolak Pelawaan Forum Dengan Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan untuk berforum dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kunjungannya ke Port Dickson pada Isnin.

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan untuk berforum dengan Abdul Hadi pada waktu lain.

Dr Mahathir menegaskan beliau ‘turun’ ke Port Dickson pada Isnin hanya bagi berkempen untuk calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tak payahlah (untuk berforum dengan Abdul Hadi). Malam esok saya pergi (Port Dickson), tapi bukan nak forum dengan dia.

“Saya nak pergi kempen untuk Datuk Seri Anwar,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), di sini malam tadi.

Abdul Hadi pada Ahad menyatakan hasrat untuk mengajak Dr Mahathir menyertai forum bersamanya ketika Perdana Menteri datang ke Port Dickson, Isnin.

Menurut Abdul Hadi, beliau tiada masalah apabila Dr Mahathir mahu turun ke Port Dickson bagi membantu kempen Anwar yang akan bertanding di kawasan itu.

Ketika ditanya sama ada beliau sudi menerima pelawaan Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata: “Tak payahlah. Waktu lain boleh lah.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");