Jenayah

Dua Lelaki Parah Ditembak

SHAH ALAM – Dua lelaki cedera parah apabila ditembak ketika sedang memandu dalam kejadian tembakan di Jalan Kota Kemuning, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa yang juga pemilik gimnasium terkena tembakan di bahagian pipi sementara seorang lagi di bahagian perut selepas ditembak oleh sekumpulan suspek dari arah sisi bahagian pemandu.

Menurutnya, kejadian berkenaan turut mengakibatkan kereta yang dipandu mangsa terbabas.

“Pihak polis menerima panggilan kecemasan orang awam yang melaporkan ada kemalangan, namun unit peronda (MPV) polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati ia berlaku susulan kejadian tembak.

“Kejadian berlaku pada pukul 10.15 pagi semasa kedua-dua mangsa yang berusia 40 dan 43 tahun itu dipercayai sedang memandu sebelum ditembak dari sisi oleh suspek yang dipercayai menaiki pacuan empat roda jenis Pajero.

“Kejadian juga mengakibatkan kereta mewah Audi Q7 dipandu mangsa terbabas. Pemeriksaan pihak polis juga menemui tujuh kelongsong peluru di dalam kereta mangsa,” katanya.

Selain itu, Baharudin memaklumkan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan dilaporkan dalam keadaan stabil lapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Baharudin berkata siasatan awal terhadap kelongsong peluru yang ditemui, suspek dipercayai menggunakan senjata api jenis semi-auto.

“Setakat ini kita masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");