Perak Hari Ini

Gegaran Di Ipoh: MB Minta Jangan Tularkan Berita Tak Sahih

IPOH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu meminta orang ramai supaya tidak menularkan berita yang tidak sahih berhubung bunyi letupan disusuli dengan gegaran yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Perak khususnya di Ipoh, semalam.

Katanya, penularan berita yang tidak sahih itu hanya akan mengelirukan serta menakut-nakutkan masyarakat di negeri ini.

“Saya minta orang ramai jangan terlalu mudah untuk menularkan berita-berita tidak sahih yang tidak mendapat pengesahan daripada pihak kerajaan kerana ini akan memberi satu gambaran keadaan negara yang tidak selamat.

“Kita (kerajaan negeri) akan mengumumkan sekiranya mendapat maklumat yang benar-benar tepat dan setakat ini keadaan di negeri ini terkawal dan rakyat tidak perlu bimbang,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Cuba ke Malaysia, Ibete Fernandez Hernandez (she) di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai insiden berkenaan yang menjadi persoalan di media sosial apabila terdapat pelbagai dakwaan punca kepada gegaran itu disebabkan oleh proses pemecahan batu di kawasa kuari di Simpang Pulai di sini serta dakwaan latihan serangan menggunakan bom hidup yang dijalankan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bagaimanapun pihak TUDM tidak menerima maklumat berkaitan latihan tersebut.

Malah Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby dalam satu kenyataan berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan di 25 balai polis di daerah Ipoh mengenai kejadian tersebut dan masih berusaha mendapatkan maklumat atau pengesahan daripada mana-mana pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");