Perak Hari Ini

Graduan Tidak Perlu Tunggu Lama

ULU KINTA – Kerajaan akan mewujudkan jawatan kontrak bagi mengurangkan tempoh menunggu penempatan dikalangan graduan perubatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye berkata inisiatif itu diharap dapat mengurangkan tekanan dikalangan graduan perubatan berikutan ia menjadi salah satu topik panas.

“Mengikut jawatan yang sedia ada, lulusan sedia ada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) tidak mampu menampung jawatan tetap akan tetapi akan ditangani ini dengan mewujudkan jawatan kontrak.

“Bagi mereka yang mempunyai keputusan cemerlang akan lebih mudah diserap untuk mendapat jawatan tetap,” katanya semasa sidang media hari ini.

Selain itu, beliau berkata, permohonan jawatan kontrak ini telah dikemukan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana melibatkan kewangan yang tinggi.

“Jika diluluskan kelak, bermula 1 Januari 2018, keutamaan akan diberikan kepada graduan Jun 2017 diikuti Disember 2017 dan Jun 2018,” katanya semasa ucaptama majlis konvokesyen hari ini.

Turut hadir di Majlis Konvokasyen Ke 8 itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Kesihatan Malaysia, Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad.

Boon Chye berkata, sistem kesihatan di Malaysia adalah setanding dengan negara maju dan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara penjagaan kesihatan terbaik dunia.

“Pada tahun 2014, Malaysia telah diletakkan 30 negara terbaik dunia yang mempunyai sistem penjagaaan kesihatan berdasarkan kriteria jangka hayat semasa lahir, kos relatif penjagaan per kapita dan kos penjagaan kesihatan per kapita.

“Malahan negara kita diakui sebagai negara ketiga terbaik daripa 24 buah negara dalam indeks persaraan global,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");