Berita Hari Ini

Harga Rokok Dijangka Naik Hujung Bulan Ini

KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit rokok dijangka naik pada hujung bulan ini, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, kenaikan harga produk tembakau, termasuk rokok, adalah mengikut mana-mana cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Katanya, kementeriannya kini sedang dalam proses menyelaraskan kelulusan harga rokok terkini.

“Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau, termasuk rokok, dinaikkan.

“Atas sebab itu, di bawah Peraturan 8A, harga perlu dinaikkan daripada harga yang terikat ketika ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini lapor Astro Awani.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Jan 2019.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");