Perak Hari Ini

Hari Sukan Negara Peringkat Perak Meriah

IPOH:Pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan kurang upaya (OKU) telah memeriahkan Hari Sukan Negara peringkat negeri Perak yang berlangsung di Kompleks Belia Sukan Negeri Perak hari ini.

Majlis yang telah dihadiri oleh lebih kurang 5,000 peserta itu telah dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Modal Insan Negeri, Howard Lee Chuan How.

Acara dimulai dengan pelepasan berbasikal sejauh 15 kilometer,berjalan kaki sejauh lima kilometer dan acara senamrobik yang disertai oleh pelbagai peringkat umur.

Turut berlangsung pelbagai acara sukan seperti wall climbing, futsal dan sukan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-Sports.

Howard semasa menyampaikan ucapan berkata hari Sukan Negara berlangsung secara serentak di 17 lokasi seluruh negeri ini melibatkan sasaran penyertaan lebih 300,000 peserta.

“Setakat semalam peserta yang telah mendaftar mencecahkan hampir 100,000 dan pastinya setakat ini pastinya mencapai sasaran penyertaan, syabas kepada semua warga Perak,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Sukan Negara peringkat negeri Perak hari ini.

Katanya lagi penyertaan turut melibatkan pelbagai peringkat termasuk juga barisan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) serta Sukan Para SUKMA.

“Pada hari ini kita meraikan kejayaan barisan atlet Sukma dan bersedia untuk menjadi juara pada Para Sukma kelak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");