Panasnya Hari Ini

Hishammuddin Tak Sertai BERSATU

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan desas desus kononnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak lama lagi.

Presiden UMNO berkata, khabar angin yang tersebar membabitkan Ahli Parlimen Sembrong itu akan membawa pemimpin di bahagian UMNO berkenaan untuk menyertai BERSATU juga sebagai tidak betul.

“Itu semua tidak betul. Tidak betul. Saya sudah berjumpa dengan beliau,” katanya ringkas kepada NSTP di Parlimen, hari ini, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkang mengulas khabar angin yang hangat diperkatakan kononnya Hishammuddin akan keluar UMNO dan menyertai BERSATU dan seterusnya akan diserap dalam Kabinet.

Ketika ini tersebar khabar angin kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet tidak lagi atau pada Disember ini susulan Dr Mahathir dikatakan kurang berpuas hati dengan prestasi Jemaah Menteri.

Pada September lalu, Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir selama hampir dua jam di Putrajaya.

Bagaimanapun, Hishammuddin menjelaskan pertemuannya dengan Dr Mahathir hanya ingin mendengar rancangan Perdana Menteri untuk masa depan bangsa dan negara.

Malah, bekas Menteri Pertahanan itu pernah menafikan akan keluar UMNO sebelum ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga tidak mengetahui akan ada lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti selepas ini.

“Saya belum dengar lagi ada yang nak keluar parti. Setakat yang saya tahu, tidak ada,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");