Membawang Hari Ini

Ibu Tegur Nubhan Warnakan Rambut, Minta Pencerahan Ustaz

DITEGUR ibu kerana mewarnakan rambut, penyanyi Nubhan mengambil keputusan menggunting pendek rambutnya itu.

Nubhan atau nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad, 32, berkata teguran ibunya mengenai warna rambut dibuat kerana bimbang boleh menyebabkan solat tidak sah.

“Hari-hari mak den (saya) membebel, memang tak nampak sangat warnanya, sebab saya buat light-light saja, tetap kantoi dengan mak.

“Jadi, saya potong rambut yang masih berbaki ada warna ni sebab mak bising katanya wuduk tak lepas dan solat tak sah.

“Saya cakap rambut ni original, tapi kau gila nak tipu mak kau! Cumanya, saya nak tahu kita warna rambut yang produk siap ada tunjuk sijil halal lagi… tapi boleh ke bawa solat?,” katanya.

Nubhan berkongsi mengenai perkara itu di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, penyanyi lagu Selamat Jalan, Cinta ini turut menulis kapsyen meminta pandangan pakar agama mengenai hukum mewarnakan rambut dalam Islam.

“Adakah itu boleh dibawa solat sebab saya tak nak nanti apa dibuat hanya sia-sia. Saya nak tanya ustaz, macam mana ada banyak pendapat boleh warna rambut, bawa solat tapi ada yang kata tak?

“Macam mana tu? Mungkin ustaz yang arif boleh bagi pencerahan sikit, confius den!” soalnya.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");