Sukan Hari Ini

Impi Sukan Olimpik Tokyo 2020

KUALA LUMPUR – Peningkatan yang ditampilkan beregu lelaki muda negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam beberapa kejohanan terdahulu menjadi faktor yang membolehkan mereka mendaki carta ranking dunia.

Dalam empat kejohanan sebelum ini, beregu No. 2 negara itu menampilkan aksi yang cukup baik termasuk melakar kejutan mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia di Nanjing, China Ogos lalu.

Justeru, peningkatan drastik yang ditampilkan itu membakar sema­ngat mereka untuk mempersembahkan aksi lebih baik dan Aaron menyifatkan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun merupakan antara sasaran utama mereka.

“Sebagai beregu, saya fikir prestasi kami bertambah baik dan ia dapat dibuktikan menerusi empat kejohanan terdahulu. Kombinasi yang dicipta bersama Wooi Yik juga semakin baik selepas mengharungi 13 kejohanan.

“Sebelum ini memang kami tidak fikir untuk ke Olimpik tetapi berdasarkan prestasi semasa, kami mula memasang impian menjejakkan kaki ke temasya sukan tersebut,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, baru-baru ini.

Pada Terbuka Taiwan yang berakhir Ahad lalu, Aaron-Wooi Yik melangkah ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada beregu tuan rumah, Chen Hung Ling-Wang Chi Lin.

Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu me­ngakui sedikit kecewa apabila gagal melangkah lebih jauh pada kejohanan tersebut memandangkan mereka meletakkan sasaran le­bih tinggi selepas Kejohanan Dunia berakhir.

“Saya akui memang agak luar biasa apabila kami berjaya melangkah ke suku akhir dalam empat kejohanan berturut-turut iaitu pada Kejohanan Dunia, Terbuka Vietnam, Terbuka Korea dan Terbuka Taiwan.

“Selepas Kejohanan Dunia, kami letakkan sasaran untuk mara lebih jauh tetapi masih ‘sangkut’ di peringkat suku akhir, jadi sedikit kecewa dan sedih dengan keputusan tersebut,” katanya kepada Kosmo

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");