Membawang Hari Ini

Intan Liana Saleh Buka Tudung?

KUALA LUMPUR: Selepas reda isu perceraian dengan bekas suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, pada Mac lalu, Intan Liana Saleh sekali lagi mengejutkan ramai apabila dikatakan berani membuka tudung seperti tersebar di laman sosial.

Intan, 33, yang selama ini dikenali dengan imej berhijab dilihat menggayakan sanggul lintang ketika menyertai pertandingan tarian rampaian pada Festival Tari Rakyat Johor, baru-baru ini, bersama sekumpulan penari lain.

Pertandingan itu berlangsung di Dewan Utama, Yayasan Warisan Johor Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Gambar dan status yang dikongsi rakan kepada Intan di Instagram mengundang tanda tanya ramai, malah ada yang mempertikaikan tindakan wanita terbabit.

Jelas daripada foto berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata yang pernah menjadi model kepada produk tudung itu duduk di barisan hadapan bersama lima penari lain.

Difahamkan, Intan terlebih dahulu berkongsi berita kejayaan mereka berserta foto sama di Instagram miliknya, tetapi dipadam selepas berdepan kecaman netizen.

Namun, Intan ada memuat naik video Insta Story dirinya di festival terbabit.

Sebelum ini, ramai yang dikatakan berpihak kepada Intan melihatkan keperibadian wanita terbabit yang lemah lembut dan statusnya sebagai ibu tunggal yang berhijab.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");