Perak Hari Ini

JAIPk Lancar Laman Cari Jodoh, Modul Poligami Pertama di Malaysia

IPOH – Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) melancarkan laman wab Jodoh Cinta Sakinah dan Modul Kefahaman Poligami, disini, hari ini.

Exco Agama dan Pendidikan Islam, Asmuni Awi berkata, pelancaran laman web yang mendapat kerjasama antara JAIPk, KPERAK Inc dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu bertujuan memudahan golongan yang sukar mencari jodoh.

“Walaupun terdapat banyak laman web menjadi jodoh di luar sana seumpama ini, laman web Jodoh Cinta Sakinah yang dilancarkan ini adalah satu-satunya laman web jodoh berkonsepkan Islamik berdasarkan kepada pendekatan yang terkandung dalam laman web itu sendiri.

“Modul Kefahaman Poligami pula merupakan modul pertama yang dilancarkan di Malaysia bertujuan mengelakkan perkahwinan di luar negara seperti di Selatan Thailand,” katanya.

Walau bagaimanapun tambahnya, inisiatif tersebut bukanlah bertujuan untuk menggalakkan poligami.

Kata Asmuni, jika terdapat permohonan dari pihak suami untuk berpoligami, kehadiran isteri pertama ke mahkamah adalah diwajibkan untuk mendapatkan penjelasan.

“Kerajaan negeri bercadang untuk meminda Seksyen 23 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 2005, dimana dengan adanya peruntukan ini, pihak mahkamah terikat untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak isteri.

“Namun, mahkamah juga boleh menggunakan budi bicara untuk memanggil isteri atau tidak atau dengan persetujuan isteri tanpa hadir bagi mendapatkan kebenaran memudahkan proses poligami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media majlis Pelancaran Laman Web Jodoh Cinta Sakinah dan Modul Kefahaman Poligami di Institit Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin yang ditemui pemberita berkata, laman web itu bertujuan membantu golongan yang sukar dan telah lanjut usia mencari jodoh khususnya kepada warga Perak.

“Modul poligami yang dilancarkan adalah memuatkan elemen perundangan dan hukum Islam dalam memberi kefahaman kepada peranan suami isteri,” katanya.

Difahamkan laman web tersebut boleh diakses menerusi pautan cintasakinahjaipk.perak.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");