Jenayah

Jamal Berhutang RM200,000

SUNGAI BULOH: Sebuah syarikat kawalan keselamatan menyita empat kenderaan milik syarikat penjual kereta import terpakai dipercayai ada kaitan dengan Datuk Seri Jamal Md Yunos, di sini, hari ini.

Menurut laporan BH Online, proses sitaan itu dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Shah Alam menerusi surat sita yang dikeluarkan pada 5 Oktober lalu.

Empat kenderaan itu adalah dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish, sebuah kenderaan mewah Toyota Veilfire dan sebuah kenderaan sukan pelbagai guna (SUV) jenis Ssangyong Actyon.

Menurut jurucakap Anirass Gaya Security Services Sdn Bhd, tindakan itu dilakukan selepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu gagal untuk melunaskan tunggakan hutang bayaran khidmat kawalan keselamatan berjumlah kira-kira RM200,000.

Katanya, tindakan sita itu terpaksa dilakukan selepas semua usaha syarikat untuk menuntut tunggakan hutang itu tidak dipedulikan Jamal.

“Jamal mula berhutang dengan kami pada Januari 2014, syarikat kami membekalkan perkhidmatan kawalan keselamatan untuk premis menjual kereta yang dimiliki Jamal di Jalan Pahang.

“Jumlah asal hutangnya hanyalah kira-kira RM56,000 tetapi selepas mengambil kira kos saman dan faedah ia kini berjumlah kira-kira RM200,000,” katanya kepada pemberita selepas hadir melihat proses sitaan, hari ini.

Beliau berkata, Jamal kini mempunyai masa selama 14 hari untuk melangsaikan tunggakan hutangnya.

Katanya, jika Jamal gagal membuat bayaran pihaknya akan melelong kereta yang disita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");