Perak Hari Ini

Jangan Salah Faham Dengan Kenyataan Saya: MB Perak

KUALA KANGSAR – Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan Presiden Persatuan Pencinta Alam, EkoKnights, Yasmin Rasyid yang menyatakan bahawa kerajaan negeri menganggap pewartaan Taman Negeri Royal Belum sebagai Tapak Warisan akan menyebabkan negeri itu hilang punca pendapatan.

Sebelum ini, artikel berkaitan perkara itu telah disiarkan di sebuah laman portal namun ia ternyata berbeza dengan kenyataan yang ditelah diberikan oleh Ahmad Faizal.

Menurut beliau, kerajaan negeri tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa pengiktirafan Taman Negara Royal Belum Grik oleh UNESCO tidak mendatangkan sebarang hasil kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, mungkin ada pihak-pihak tertentu yang kurang faham dengan kenyataan yang beliau berikan berkaitan pengiktirafan UNESCO sebelum ini.

“Mereka salah faham, pengiktirafan Royal Belum sebagai Tapak Warisan Dunia adalah cadangan yang sangat baik dan kerajaan negeri dalam masa yang sama sedang mencari jalan untuk mendapatkan hasil tanpa menebang sebatang pokok sekalipun.

“Apa yang saya maksudkan sebelum ini adalah, pengiktiran itu sangat kita alu-alukan bagaimanapun, kerajaan negeri juga perlu menjana sedikit pendapatan dengan menjaga taman negeri melalui pewartaan ini,” katanya dalam sidang media ketika menghadiri Program Karnival Bijak Prasekolah di Sekolah Kebangsaam Raja Mazwin.

Tambah Faizal, walaupun dengan mengenakan kadar caj yang minimum, kerajaan masih dapat menjana hasil daripada pengunjung yang datang .

“Rakyat tempatan cuma perlu membayar RM5 sahaja dan RM20 untuk rakyat asing sudah memadai untuk menampung kos penambahbaikan dan menjaga kawasan tersebut.

“Malah, jika menjadi tapak warisan UNESCO, ramai pihak akan membuka mata serta menarik lebih ramai pengunjung untuk melawat ke kawasan Royal Belum,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");