Berita Hari Ini

Jaringan Komunikasi Di Kota Palu Mulai Pulih

KOTA PALU, SULAWESI – Jaringan komunikasi yang terjejas di beberapa tempat di Kota Palu, bandar paling teruk mengalami kemusnahan akibat gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami di Sulawesi pada 28 September lepas, kini mulai pulih.

Tinjauan mendapati talian telefon serta kemudahan internet sudah kembali pulih seperti biasa di beberapa tempat di bandar berkenaan, namun di kawasan yang mengalami kemusnahan teruk seperti di Patebo dan Donggala, keadaan sistem komunikasinya masih tidak berubah.

Selain itu, difahamkan syarikat telekomunikasi (telco) tempatan turut memberi panggilan percuma selama seminggu kepada mangsa yang berada di bandar itu untuk menghubungi keluarga masing-masing.

Seorang mangsa, Kamilah Entu, 29, berkata dia bersyukur talian komunikasi telah kembali pulih seperti biasa di Kota Palu selepas terhenti sejurus kejadian itu berlaku.

“Selepas tsunami serta gempa berlaku, talian komunikasi tidak stabil, ada di beberapa kawasan terus tiada talian menyebabkan kami terputus hubungan selama dua hari dengan dunia luar. Sekarang Alhamdullilah, keadaan jaringan komunikasi sudah kembali pulih…saya dimaklumkan rakan, kabel komunikasi banyak putus serta tiangnya tumbang ketika bencana itu,” katanya ketika ditemui di sini, lapor Bernama.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, jumlah mangsa korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah kini meningkat kepada 1,571 orang setakat 6 petang, Jumaat

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");