Berita Hari Ini

Jumpa Mayat Kelapan

GEORGETOWN:  Mayat kelapan dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, ditemui pihak berkuasa, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mayat lelaki warga Indonesia, Subaeri itu ditemui di Sektor 1, pada 12.10 tengah hari tadi.

“Mayat Subaeri ditemui berhampiran cerun yang juga lokasi runtuhan rumah kongsi didiami pekerja binaan bagi projek ini.

“Mayatnya ditemui tertanam dalam sisa runtuhan sedalam 1 meter dengan seluruh anggota badannya masih bercantum,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehingga kini, seramai lapan mangsa ditemui maut, manakala tiga cedera dan tiga lagi dikhuatiri tertimbus, selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh, 1.56 petang, Jumaat lalu.

Projek bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

Dalam pada itu, Mohamad Shoki berkata, pencarian kontena ‘misteri’ masih diteruskan selepas pihaknya berhadapan kesukaran untuk menggali sisa runtuhan di kawasan terbabit lapor Harian Metro.

“Ini kerana, sisa runtuhan di plot yang dikenal pasti itu sangat dalam, kira-kira 20 meter. Kita juga terpaksa menambah bilangan jentera untuk kerja menggali ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");