Sukan Hari Ini

Juventus Dan Santos Pertahan Ronaldo

KETUA jurulatih Portugal, Fernando Santos dan Pasukan Serie A, Juventus, melaungkan sokongan buat Cristiano Ronaldo selepas pemenang Ballon d’Or lima kali itu menafikan tuduhan rogol yang dikenakan ke atasnya.

Bekas model, Kathryn Mayorga, mendakwa Ronaldo melakukan serangan seksual ke atas dirinya di dalam sebah hotel di Las Vegas pada tahun 2009.

Ronaldo menyifatkan dakwaan tersebut sebagai berita palsu sebelum mengeluarkan kenyataan penafian di media sosial yang turut menyatakan jenayah tersebut bertentangan dengan dirinya.

Juventus awal pagi tadi mengeluarkan satu kenyataan di laman Twitter di mana mereka sedia memberi sokongan buat Ronaldo yang sebelum ini berpindah ke pasukan tersebut Julai lalu.

“Cristiano Ronaldo telah memaparkan sifat profesional serta dedikasi yang tinggi dan kami di Juventus menghargainya.

“Pertuduhan yang berlaku hampir 10 tahun lalu tidak akan mengubah situasi ini,” menurut kenyataan rasmi kelab itu, lapor Stadium Astro.

Pihak polis Las Vegas membuka kembali siasatan tersebut namun tidak menamakan sebarang mangsa mahupun suspek.

Mayorga melalui peguamnya mengadakan satu sidang media Rabu lalu di mana dia menyenaraikan segala penderitaan yang dilalui anak guamnya itu termasuk tekanan emosi yang dilalui.

Dalam pada itu, Santos yang tidak menyenaraikan Ronaldo bagi menghadapi perlawanan menentang Poland dan Scotland mendedahkan pemain itu tidak hadir ketika pertemuan dengan Itali dan Croatia bulan lalu.

Walaupun dia masih tidak memperoleh alasan yang jelas berikutan situasi tersebut, dia masih melaungkan sokongan buat ketua pasukannya itu.

“Saya percaya dengan apa yang dia katakan. Jenayah tersebut adalah bertentangan dengan dirinya,” Kata Santos.

“Dia menyatakannya berluang kali bahawa dia tidak bersalah.

“Saya amat mengenali dirinya. Saya percaya dia tidak akan melakukan jenayah tersebut,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");