Berita Hari Ini

Kahwin Bawah Umur Perlu Dirujuk Mahkamah Syariah

Ayer Keroh: Perkahwinan orang Islam di bawah umur 18 tahun di Melaka mungkin perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah negeri bagi mendapatkan akuan kebenaran perkahwinan.

Ketua Menteri, Adly Zahari, bagaimanapun berkata kerajaan negeri kini sedang menilai secara terperinci sebelum membuat keputusan berhubung had minimum perkahwinan bagi lelaki dan perempuan di negeri ini.

Beliau berkata, ketika ini had umur perkahwinan orang Islam di negeri ini adalah 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun lelaki, manakala bagi bukan Islam masing-masing 18 tahun untuk perempuan dan lelaki.

“Kita sedang berbincang susulan mesyuarat kerajaan Pusat yang menetapkan had umur perkahwinan orang Islam dan bukan Islam serta masing-masing lelaki dan perempuan pada 18 tahun.

“Melaka akan membuat penilaian, (sebelum) membuat keputusan. Mungkin bagi kes tertentu, perkahwinan bawah umur 18 tahun harus mendapat kebenaran Mahkamah Syariah. Ruangnya masih ada, tetapi kawalan perlu dibuat,” katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan kerajaan negeri anjuran Perbadanan Melaka Holdings (PMH) di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Adly mengulas Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, minggu lalu yang menetapkan had umur perkahwinan bagi orang Islam dan bukan Islam serta lelaki dan perempuan pada 18 tahun di semua negeri.

Bagaimanapun, mesyuarat itu juga menetapkan perkahwinan di bawah umur 18 tahun dibolehkan, tetapi ia perlu dilakukan dengan bersebab serta mendapat kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");