Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Taja RM30,000 Untuk Dua Anak Perak Berminat Sertai UK Dance Student Exchange

IPOH: Kerajaan Perak menerusi Pejabat Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, hari ini mengumumkan tajaan sejumlah RM30,000 bagi mana-mana dua orang warga Perak yang mahu menyertai program ‘UK Dance Student Exchange’ yang akan diadakan di Scotland, Disember ini.

Exco Negeri, Howard Lee Chuan How berkata, inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama pihak swsatsa, The Dance Company, itu merupakan sebahagian langkah Kerajaan Perak dalam mencungkil bakat-bakat bidang seni dalam kalangan anak muda di negeri ini.

Ujarnya, dua orang penari akan dipilih menerusi satu sesi uji bakat yang akan diadakan di Home Of Silveryouth di Kinta Riverfront, pada 27 Oktober ini, dan bagi yang berjaya mereka akan dihantar ke Scotland bagi menyertai program UK Dance Student Exchange’

Katanya lagi, ia juga sebagai inisiatif kerajaan negeri bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa bidang seni juga mampu menjaga ekonomi dan pendapatan individu.

“Apabila mereka melihat pertandingan diadakan di Scotland itu, mereka merasakan perlu mengeluarkan dana pembiayaan peribadi sendiri. Kalau berjaya melepasi uji bakat di sini pun, mereka anggap tak dapat ke Scotland.

“Untuk ‘anak Perak’, kita mahu rapatkan jurang antara yang berkemampuan dengan yang kurang berkemampuan. Kita dapat elakkan mereka yang berminat untuk pergi namun tidak ada dana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Selain itu, wakil The Dance Company, Shannon Lee yang ditemui berkata industri dalam bidang seni tari pada masa kini sangat luas berbanding sebelum ini.

Jelas anak jati Ipoh yang kini menetap di United Kingdom (UK) itu, seni tari bukan hanya sekadar untuk pengajaran dan persembahan pentas malah ianya kini diperlukan oleh pengiklan-pengiklan syarikat ternama di peringkat antarabangsa.

“Saya berharap lebih ramai warga Perak yang berminat dan dapat kita bawa mereka ke ujibakat di UK,” katanya.

Tambahnya lagi, program ujibakat untuk golongan yang berumur dalam lingkungan 13 ke 24 tahun itu mensasarkan lebih daripada 100 orang peserta.

Untuk tambahan, orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ujibakat tersebut, mereka boleh menghubungi menerusi talian telefon di nombor, 05-3119127 atau emel di alamat [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");