Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Tandatangani Nota Kerjasama Pertama Bersama JUPEM

IPOH – Pejabat Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK) Perak telah menandatangani Nota Kerjasama yang pertama di Malaysia bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman berkata Nota Kerjasama ini adalah satu Perkongsian Maklumat Geospatial bersama pihak Unit Sistem Maklumat Geografi (PerakGIS) dalam usaha untuk memperkukuhkan sistem pengurusan sedia ada.

“Penubuhan PerakGIS pada 2012 berperanan sebagai Pusat Pengkalan Data Geospatial Negeri yang bertanggunjawab untuk membangun, mengurus dan menyelaras maklumat geospatial daripada jabatan dan agensi negeri.

“Kerjasama ini telah membantu pihak PerakGIS dan mengurangkan perbezaan maklumat dengan kerajaan negeri,” katanya semasa ucaptama majlis hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JUPEM, Datuk Sr. Mohd Noor Isa semasa Majlis Menandatangani Nota Kerjasama berkaitan Perkongsian Maklumat Geospatial yang dimeterai bersama SUK Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Tambah Zainal, Nota Kerjasama ini penting buat kerajaan negeri yang bertindak sebagai penyelaras di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

“Tujuan perkongsian maklumat dan data-data geospatial dapat membantu memperkemas perancangan pembangunan negeri ini.

“Dengan adanya Nota Kerjasama ini, diharapkan kerjasama yang selama ini terjalin akan melancarkan lagi perolehan maklumat dan data yang diperlukan oleh PerakGIS selaku Pusat Pangkalan Data Geospatial negeri,” katanya semasa sidang media hari ini.

Tambah beliau, dengan adanya kerjasama ini, pihak Geospatial bersetuju untuk menyalurkan maklumat terus kepada kerajaan negeri yang berbentuk teknikal.

“Terdahulu, tanpa maklumat geospatial ini, perancngan pembangunan negeri tidak mempunyai maklumat yang lengkap terutamanya maklumat 3D,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");