Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Terus Pantau Keadaan Banjir

KUALA KANGSAR:Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mahu agensi kerajaan, barisan exco, adun serta penyelaras bencana bersiap sedia terutama pada musim tengkujuh yang sedang berlaku sekarang.

Menurut beliau, agensi-agensi terlibat perlu terus memantau keadaan banjir yang berlaku di negeri bagi memastikan mangsa-mangsa bencana itu mendapat bantuan segera.

“Pihak terbabit telah memberikan bantuan segera kepada mangsa terjejas banjir di Changkat Jong dan terus memantau keadaan mangsa di sana,” katanya selepas merasmikan Karnival Bijak Pra Sekolah Peringkat Negeri Perak di Sekolah Rendah Raja Mazuin di sini hari ini.

Malah Ahmad Faizal juga mahu pemantauan dan bantuan diberikan kepada mangsa terjejas dari semasa ke semasa.

“Pejabat Daerah telah diberikan peruntukan kecemasan sekiranya perkara begini berlaku dan saya bersyukur pejabat daerah di Hilir Perak dah ambil tindakan segera bantu mangsa banjir,” katanya.

Terdahulu bencana banjir mula melanda negeri ini dengan satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah dibuka di daerah Hilir Perak iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");