Berita Hari Ini

Lembaga Peperiksaan Nafi Instrumen PT3 Bocor

PUTRAJAYA – Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan khabar angin mengenai instrumen bagi ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bocor serta mengkehendaki calon untuk menduduki peperiksaan semula.

Lembaga peperiksaan dalam satu kenyataan berkata, ujian bertulis berkenaan telah diadakan pada 1 hingga 4 Oktober lalu.

Bagaimanapun menurutnya, terdapat khabar angin menyatakan instrumen bahasa Inggeris, Matametik, Sains dan Kemahiran Hidup Bersepadu telah bocor dan calon dikehendaki menduduki semula kertas tersebut pada tarikh yang dinyatakan.

“Lembaga peperiksaan ingin memaklumkan bahawa berita tentang kebocoran tersebut adalah tidak benar. Sehubungan itu, tidak ada keperluan untuk calon menduduki semula kertas yang dinyatakan kerana PT3 dilaksanakan secara Pentaksiran Pusat.

“Ibu bapa atau penjaga dan murid tidak perlu bimbang berkaitan perkara ini. Pihak sekolah telah melaksanakan PT3 berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh lembaga peperiksaan dengan penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya, hari ini lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");