Perak Hari Ini

Lima Sekeluarga Rentung Kemalangan Di Terowong Menora

KUALA KANGSAR:Lima mangsa disahkan rentung kemalangan treler dengan kereta berhampiran Terowong Menora, hari ini.

Difahamkan mangsa kemalangan turut melibatkan bayi dan kanak-kanak.

Kemalangan berlaku di Kilometer 255.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 11.30 pagi tadi itu difahamkan terdapat mangsa yang terperangkap dalam kereta berkenaan.

“Kesemua mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Polis dan kerja-kerja mengalihkan lori tersebut sedang giat dijalankan,” katanya sumber.

Terdahulu lebuh raya menghala ke Utara sesak kira-kira 10 kilometer yang menyebabkan kenderaan bergerak perlahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");