Berita Hari Ini

Lokman Ajak Guan Eng, Tony Pua Debat SST

KUALA LUMPUR: Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam mengajak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berdebat isu cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno turut mencadangkan tajuk debat ‘SST lebih baik dari GST’.

Menurutnya, beliau memilih tajuk itu bagi memberikan peluang kerpada kerajaan baharu membuktikan SST mampu memberikan manfaat kepada rakyat dan hasil negara.

“Sebanyak 165 negara menukar SST ke GST yang jauh lebih efisen dan tiada ketirisan, cukai sampai kepada kerajaan, cukai tak dapat dilarikan serta tidak bertindih.

“Secara dasarnya kadar SST lebih tinggi dari GST tapi kutipan yang berjaya dipungut pada 2014 adalah RM18 bilion. Berbanding kutipan GST meningkat kepada RM44.3 bilion walaupun keperluan asas dikecualikan dari cukai,” katanya yang turut serta dalam bantahan aman bantah SST di Danau Kota, Wangsa Maju, di sini, lapor Sinar Online.

Beliau turut membidas penafian Guan Eng yang mendakwa tidak pernah mengeluarkan kenyataan SST menurunkan harga barang.

“Beliau (Guan Eng) boleh lihat balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini yang mengatakan SST mahu dilaksanakan kerana mampu mengurangkan beban rakyat kerana kutipan GST lebih banyak.

“Kutipan GST lebih banyak bukan kerana ia dikutip dari rakyat sebaliknya cukai itu tak dikutip dari awal rantaian perniagaan (pengilang, pemborong dan peruncit) menyebabkan tiada cukai terhimpun atau berganda dikenakan,” katanya.

Katanya, SST kini dilihat membebankan rakyat dan ekonomi semakin merosot sehingga kerajaan dalam cadangan perkenal cukai baharu untuk tingkatkan hasil negara namun ia hanya akan menekan rakyat

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");