Jenayah

Lubuk Warga Asing Berjudi

KUALA LUMPUR: Lubuk warga asing berjudi.

Situasi itu dapat dilihat selepas polis membongkar kegiatan perjudian di sebuah premis di Jalan Daya 6, Taman Daya Kepong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, berkata menerusi operasi yang bermula kira-kira jam 7 malam itu, pihaknya menahan 10 lelaki berusia lingkungan 20-an dan 30-an termasuk lapan warga asing dari Bangladesh dan Indonesia.

Beliau berkata, daripada jumlah tangkapan, dua warga tempatan dibantu seorang warga asing bertindak sebagai penjaga premis itu manakala selebihnya adalah pemain judi.

“Ketika serbuan, kita rampas 10 mesin slot, lapan daripadanya masih berfungsi manakala dua lagi rosak.

“Turut dirampas empat mesin simulator. Kita anggarkan setiap unit mesin slot dan simulator itu masing-masing bernilai RM15,000 dan RM25,000.

“Dua telefon bimbit penjaga premis itu beserta wang tunai berjumlah RM530 dirampas sebagai bahan bukti siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam tadi.

Pada masa sama, katanya, pihaknya mendapati premis itu baru beroperasi empat hari lalu, dengan waktu ‘perniagaan’ bermula jam 2 petang hingga 2 pagi.

“Kita berjaya tumpaskan aktiviti mereka hasil risikan dan maklumat orang awam.

“Selepas mengumpul maklumat berkaitan pada sebelah pagi (hari serbuan), kita bertindak menyerbu premis itu awal malam tadi,” katanya.

Beliau berkata, kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan selanjutnya lapor NSTP.

“Mereka akan direman hari ini. Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 61C Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");