Panasnya Hari Ini

Mahathir Gembira Anwar Kembali Ke Parlimen

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa gembira dengan kembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Rakyat sejurus menang besar di PRK Port Dickson.

Memetik laporan Sinar Online, beliau berkata, semestinya kemasukan semula Anwar ke Dewan Rakyat sudah dijangka.

“Sudah tentu saya gembira Anwar masuk semula ke Parlimen, kami daripada parti sama.

“Lagipun kita memang menjangkakan kepulangan Anwar ke Parlimen,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Malah kata Pengerusi Bersatu itu berkata, PH memang menjangkakan Anwar akan berjaya dalam perebutan tujuh penjuru di Port Dickson.

“Kami (PH) memang tahu Anwar pasti akan menang. Apabila berlaku persaingan tujuh penjuru, undi pembangkang akan pecah kepada enam, tentunya yang ketujuh akan menang.

“Malah Anwar telah beroleh kemenangan besar dah tentu saya gembira,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut senada menyambut kepulangan semula Anwar.

“Alhamdulillah gembira bahawa sebelum ini dinafikan hak untuk bertanding dah masuk balik dalam Parlimrn, setelah mendapat keampunan atas dasar ‘miss carriage of justice’.

“Bukan mengaku kesalahan, atas dasar ‘miss carriage of justice’,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");