Perak Hari Ini

MAPS Rai 40 Petugas Media Sumatera Utara

IPOH: Seramai 40 orang petugas media dan wartawan daripada Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) dari Sumatera Utara, Indonesia berkesempatan mengadakan lawatan ke Movie Animation Park Studios (MAPS), Meru Raya, di sini, hari ini.

Rombongan deligasi yang diketuai ketua persatuan tersebut, H. Hermansjah, tiba di perkarangan taman tema itu sekitar jam 2 petang.

Mereka kemudiannya disambut Ketua Pegawai Operasi MAPS, Mohd. Farid Abdul Aziz serta diberikan taklimat ringkas berkenaan taman tema animasi pertama di Asia Tenggara itu.

Hermansjah yang ditemui berkata, pihaknya sangat mengangumi kemudahan permainan yang disediakan di dalam MAPS.

Malah katanya, beliau berharap Sumatera Utara dapat mengambil contoh kerajaan Perak dalam menyediakan taman tema di negeri mereka.

Selain pertunjukan lagak ngeri yang dipersembahkan pelagak ngeri terlatih MAPS, kesemua mereka turut terpegun dan kagum dengan pertunjukkan 4 Dimensi animasi Boboiboy yang berteknologi tinggi.

Program tersebut merupakan lawatan balas PWI selepas Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak (KSKMP) mengadakan lawatan ke Medan pada 2016.

Antara agensi yang terlibat ialah Harian Analisa, Harian Mimbar Umum, Harian Waspada serta Harian Koran Medan.

Lawatan mereka dua hari ke Perak yang bermula pagi tadi kemudiannya akan menghadiri program perlawanan futsal persahabatan dengan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKMM) Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");