Perak Hari Ini

Masalah Petani Sentiasa Diambil Berat: MCA Cuba Buat Onar Burukkan Kerajaan Perak

Masalah yang membelenggu golongan petani di sekitar kawasan Bidor bukanlah sesuatu yang baharu sahaja wujud sebaliknya telah mendapat perhatian adun kawasan berkenaan sejak 2008 lagi.

Namun dek kerana peralihan kuasa, permasalahan itu kembali dicanang dan nampaknya pihak MCA cuba bermain api dengan Adun Sungkai, A.Sivanesan.

Semalam, dikatakan 600 penduduk Kampung Baru Kuala Bikam menghantar memorandum bantahan ke pejabat Menteri Besar bagi meminta projek mengorek pasir oleh Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dihentikan.

Lebih memburukkan keadaan, akhbar Star yang dimiliki MCA menyatakan seolah-olah nasib petani berkenaan tidak dibela oleh kerajaan sekarang.

Berang dengan keadaan itu, Sivanesan membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang keatas MCA dan akhbar berkenaan.

“Dari 2008 saya telah membangkitkan isu-isu melibatkan petani terutama berkaitan tanah dan juga saya telah membawa beberapa kes ke mahkamah tanpa menuntut wang daripada petani.

“Namun, yang kelaur kenyataan berkaitan isu ini tidak tahu fakta kes. Kontrak mengambil pasir bukan dikeluarkan oleh Pakatan Harapan sebaliknya telah diberkan kepada MCA pada 2017.

“Tapi apa yang berlaku sekarang MCA yang sama menuduh seolah-olah sayalah yang mengkhianati petani-petani ini.

“Sedangkan dahulu, ini semua kerja mereka.

Jelas beliau lagi, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang tidak tahu pun dimana kampung tersebut telah mengeluarkan kenyataan -kenyataan tanpa asas atau bukti yg kukuh.

“Beliau sendiri tidak tahu dimana kampung Baru Kuala Bikam namun tampil buat kenyataan yang menyalahkan saya.

“Jadi saya telah mengambil tindakan undang-undang ke atas wee ka siong dan akhbar star,” katanya.

Nampaknya cubaan MCA untuk bermain sentimen politik dalam isu ini bakal memberi kesan buruk kepada parti mereka sendiri yang kini lebih dilihat sebagai ‘Hidup Segan, Mati Tak Mahu’

Ada juga pihak-pihak tertentu yang menasihati agar MCA menghentikan segala permainan politik sebaliknya cermin diri terlebih dahulu.

Dari sibuk mencipta isu, adalah lebih molek sekiranya kepimpinan MCA memperkuatkan parti yang asyik kalah menjelang PRU.

Setakat ini, kerajaan Perak terpaksa membersihkan salah laku pemimpin terdahulu dan sudah tentu segala proses mengambil masa.

Cukup-cukuplah bermain politik.

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");