Membawang Hari Ini

Mawar Mahu Lebih Ekslusif

HULU KLANG: Pelakon, Mawar Rashid akan mengehadkan jumlah khidmat ucapan hari jadi yang ditawarkan, namun menetapkan kadar harga baharu RM50 untuk memberi nilai ekslusif dalam memenuhi permintaan peminat.

Katanya, peningkatan nilai yang ditawarkan agak munasabah kerana wang itu akan disalurkan untuk tujuan kebajikan menerusi tabung pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Wish for Their Hope (WFTH) yang diasaskan Janna Nick.

“Sebagai rakan, saya menyokong usaha Janna yang merealisasikan penubuhan NGO untuk memudahkan kami menyalur bantuan bagi meringankan beban golongan memerlukan.

“Melihat sambutan awal ketika memperkenalkan khidmat ini apabila mengumpul RM1,000 dalam tempoh lima hari, ia membuktikan masyarakat begitu bermurah hati menyumbang demi menggembirakan insan tersayang.

“Tentu mereka juga tidak akan berkira mengeluarkan duit poket RM50 untuk membantu golongan yang memerlukan seperti anak yatim, asnaf dan gelandangan,” katanya lapor BH.

Mawar berkata, dia masih belum memaklumkan kadar baharu untuk perkhidmatan itu kerana mahu menyelesaikan dahulu permintaan ucapan untuk fasa pertama.

Dia yang ditemui di Rumah Kasih Nurul Hasanah, di sini, kelmarin adalah antara rakan artis yang menyokong usaha Janna menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan menerusi pelbagai aktiviti amal bulanan.

Tindakan Janna pada mulanya semakin hangat diperkatakan apabila beberapa personaliti turut membuat parodi usahanya itu, malah, langkah sama diikuti Mawar dengan menawarkan khidmat serupa pada kadar RM20.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");