Perak Hari Ini

MB Perak Harap Kerajaan Persekutuan Terus Bantu Pelihara Royal Belum

IPOH: Kerajaan Perak menyambut baik peranan yang dimainkan kerajaan persekutuan dalam usaha mendapatkan pengiktirafan terhadap Taman Negara Royal Belum di Grik sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun berkata, pihaknya berpandangan bahawa perancangan tersebut juga harus melibatkan cadangan untuk membantu kerajaan negeri menambahkan sumber pendapatan.

Jelasnya, inisiatif Kerajaan Perak yang selama ini berusaha memelihara dan menjaga hutan tertua dunia yang bersamaan empat kali Singapura itu memerlukan kos kewangan yang besar.

“Saya berharap dapat juga difikirkan apakah sumbangan lain yang boleh kerajaan persekutuan berikan kepada Perak yang pada masa sama, kita dapat beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya bercadang mahu buat pelbagai inisiatif seperti ‘owned the tree’, sebagaimana orang awam juga boleh memberi sumbangan kepada tabung amanah negeri kerana penjagaan Royal Belum memerlukan perbelanjaan tinggi,” katanya

Selain itu, Ahamd Faizal turut mengulangi penghargaannya kepada kerajaan persekutuan yang bersetuju untuk menambah bilangan ranjer di hutan tersebut kepada 50 orang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi deejay jemputan Perak FM dalam segmen ‘Sepagi Bersama MB’ di bangunan Jabatan Penyiaran Malaysia Perak di sini, hari ini.

Program yang dikelolakan bersama deejay Perak FM Nasreeq Nesharah selama sejam itu tadi turut diceriakan dengan kehadiran pengarah terkenal tanah air, Mohamad Khalid atau lebih dikenali sebagai ‘Mamat Khalid’.

Mengulas lanjut tentang program radio tersebut, Ahmad Faizal berharap agar Mamat Khalid dan pembikin filem tanah air yang lain akan terus mengadakan pengambaran di sekitar negeri ini sebagai usaha mengerakkan ekonomi penduduk setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");