Sukan Hari Ini

Menteri: Kerosakan Akademi Mokhtar Dahari dibaiki dalam 3 bulan

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerosakan yang dialami Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) akan dibaiki dalam masa 3 bulan.

Beliau berkata, kerajaan perlu membayar kos tambahan, jika kerosakan itu tidak dibaiki dalam tempoh liabiliti kecacatan yang masih ditanggung Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor.

“JKR sudah berjanji akan baiki, jika ada kerosakan dan kontraktor yang terlibat mestilah ambil tahu kerosakan di AMD sebab kita nak lahirkan pemain pelapis seperti Datuk Mokhtar Dahari.

“Tadi sempat bermesyuarat dengan pihak tertinggi Kementerian Belia dan Sukan, kita sudah ambil keputusan buat penambahbaikan secepat mungkin, iaitu dalam 1 hingga 3 bulan ini.

“Kita akan tambah peralatan gim, pemakanan lebih baik ikut standard sekolah sukan dan banyak lagi,” katanya di “Persidangan China: China di Asia Tenggara” anjuran South China Morning Post, hari ini.

Syed Saddiq menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat jika wujud ketirisan dalam pengurusan AMD.

Ini kerana, katanya, kerosakan AMD tidak dibaiki dan masalah berterusan, walaupun selepas ada pihak membuat aduan.

Jumaat lalu, Syed Saddiq dalam lawatan mengejut ke AMD di Gambang, Kuantan, mendapati banyak masalah serius dan kerosakan dihadapi akademi itu yang dibina dengan kos RM85 juta.

Antaranya kerosakan kemudahan, ketiadaan peralatan sukan, masalah pemakanan dan logistik.

Susulan itu, bekas menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin menggesa JKR dan kontraktor terbabit bertanggungjawab terhadap kerosakan dialami AMD.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");