Sukan Hari Ini

MFL: Pemain Naik Angin Sebab Mutu Pengadilan Teruk

KUALA LUMPUR: Dua perlawanan menarik berlangsung pada hujung minggu lalu namun mutu pengadilan menjadi tumpuan utama di kalangan kelab-kelab penyokong yang menyertai Liga Kelab Penyokong Malaysia ataupun Malaysian Fans League (MFL).

Perlawanan mendebarkan menyaksikan kelab penyokong Liverpool, All Reds Malaysia Central FC (ARM) berjaya mengikat kelab penyokong Manchester United, My Man Utd 2-2 dengan gol penyamaan di penghujung permainan oleh Fawwaz.

ARM dua kali bangkit selepas ketinggalan namun pengadil gagal memberikan penalti kepada My Man Utd walaupun pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti selain tiada kad yang dilayangkan disebalik kekasaran yang dibuat oleh pemain kedua-dua pasukan.

Pengurus My Man Utd, Shahrizal meluahkan kekecewaannya dan mahu ketua pengadil liga lebih tegas dalam pengadilan dan jangan terlalu banyak membuat kesilapan semasa membuat keputusan.

“Saya tahu pengadil ada buat silap, tetapi jangan terlalu banyak sangat sampai boleh membuatkan kedua-dua pasukan bergaduh,” kata Shahrizal menerusi aplikasi pesanan ringkas Whatsapp.

Pergaduhan hampir tercetus dalam perlawanan antara dua kelab penyokong seteru utama dalam Liga Perdana Inggeris itu, selepas pengadil gagal memberikan penalti kepada My Man Utd dalam babak kedua.

Wakil Buletin Manchester United (BMU), Zulfaris Zahari turut bersetuju dengan kenyataan Shahrizal mengenai mutu pengadilan.

Sementara itu, kelab penyokong Chelsea, Soljabiru FC membelasah kelab penyokong Real Madrid, Malaysia Real Madrid Supporters Club (MRMSC) 5-0.

MRMSC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas seorang pemain dibuang padang akibat dilayang kad merah dalam babak yang kedua.

Bagi pengurus pasukan Soljabiru, Murthada Alias, mutu pengadilan pada malam itu langsung tidak memuaskan.

“Kalau sekali dua OK lagi, tetapi telampau banyak kesilapan pengadil. Salah seorang pemain Soljabiru yang beraksi malam itu juga pengadil liga Selangor.” kata Murthada.

“Banyak benda berlaku di padang bagaimanapun wisel tidak ditiup dan tiada kad diberikan, hanya kad merah sahaja dilayangkan,” jelas Murthada lagi lapor Astro Awani.

Sementara itu, penolong pengurus Soljabiru, Fakhrin Md Yasin memberitahu mereka tiada masalah besar dengan pengadil dan mungkin isu sebenar wujud semasa perlawanan antara My Man Utd dan ARM.

Bagi Fakhrin, perlu ada perbincangan dengan antara ketua pasukan atau pengurus dengan pengadil sebelum perlawanan bermula untuk menyelesaikan isu pasukan tidak mematuhi kuota pemain bawah 30 tahun bagi setiap perlawanan.

“Jika pihak lawan tidak berpuas hati, mereka boleh mencabar keputusan yang dibuat sebelum perlawanan kerana memeriksa kad pengenalan pemain akan membazir banyak masa memandangkan pengadil kata perlawanan bermula lambat dan terpaksa memendekkan masa permainan.” kata Fakhrin.

Salah satu peraturan bagi MFL adalah hanya dua pemain dibawah usia 30 tahun boleh diturunkan dalam perlawanan untuk memberikan peluang sama rata antara pemain-pemain kelab penyokong, di mana majoriti berusia 30 tahun dan ke atas.

Dalam pada itu, penganjur liga, Peter Lo memberitahu pihak pengadil sudah melakukan yang terbaik untuk menjaga mutu pengadilan perlawanan dan menyambut baik pandangan semua yang terlibat untuk mereka membaiki standard pengadilan.

Ketua pengadil juga berjanji akan mengambil tindakan terhadap pengadil perlawnaan malam itu dan membaiki kelemahan yang ada.

Dua minggu lepas, kelab penyokong Everton Malaysia, Everton Supporters Club Malaysia (ESCM) membelasah kelab penyokong Barcelona, FC Barcelona Malaysia 5-0.

Sementara BMU seri 1-1 dengan Arsenal Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");