Panasnya Hari Ini

MRT2: Pas Tuntut Penjelasan Guan Eng

SHAH ALAM – Pas menuntut penjelasan daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung penamatan kontrak dan membuka semula tender bagi kerja-kerja bawah tanah bagi projek Transit Aliran Massa (MRT2) pada 7 Oktober lalu.

Ketua Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, persoalan tersebut perlu dijawab dengan telus oleh Guan Eng bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

“Pertama, berapakah jumlah sasaran sebenar pengurangan kos yang dimahukan oleh Menteri Kewangan bagi pembinaan kerja-kerja bawah tanah MRT2?

“Difahamkan pihak MMC-Gamuda telah menawarkan 24 peratus daripada jumlah asal kos iaitu RM16.71 bilion. Guan Eng seharusnya meletakkan sasaran ini sebelum membuat keputusan menamatkan kontrak semasa yang memberikan implikasi yang lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Semalam, MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd tidak menerima sebarang pemberitahuan rasmi berhubung penamatan kontrak bawah tanah MRT2 oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd atau kerajaan.

Mengulas lanjut,Muhammad Khalil turut bertanya, siapakah firma jururunding kejuruteraan yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan bagi menjalankan kajian rasionalisasi kos tersebut kerana difahamkan jurutera MRT Corp juga telah mengeluarkan kajian kepada MMC-Gamuda dan terdapat percanggahan dapatan antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, pihak MMC-Gamuda berpandangan dapatan kajian daripada pihak jururunding Kementerian Kewangan terlalu mudah.

“Ketiga, berapakah jumlah pampasan yang sedia dibayar oleh Kementerian Kewangan terutamanya untuk menjaga kebajikan lebih 20,000 pekerja yang telah diberhentikan kerja serta merta dan bukan kerana kesilapan mereka.

“Pembatalan projek mega berkepentingan rakyat adalah sikap yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan seperti projek ECRL (Landasan Kereta Api Pantai Timur) dan HSR (Kereta Api Berkelajuan Tinggi, tetapi berapakah pula pampasan yang terpaksa dibayar akibat daripada pembatalan tersebut?” soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");