Jenayah

Najib Dipanggil Lagi Oleh SPRM

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dipanggil sekali lagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, Ahli Parlimen Pekan itu dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung siasatan baharu skandal kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan beliau tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 10 pagi melalui pintu belakang dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire putih.

Najib sebelum ini pernah beberapa kali dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM membabitkan kes 1MDB termasuk anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd.

Pada 21 September lalu, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bekas Perdana Menteri itu didakwa atas 25 pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Najib didakwa atas empat pertuduhan rasuah sebagai pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah untuk diri sendiri.

Bagi empat pertuduhan rasuah salah guna kuasa itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2,282,937,678.41 menerusi beberapa transaksi antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014.

Bagi semua kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan, mengikut mana yang lebih tinggi Berita Harian

Bagi 21 pertuduhan lagi, Najib didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");