Panasnya Hari Ini

Anwar Masih Layak Bertanding

PORT DICKSON – Tidak ada masalah untuk calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson, selepas Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, menetapkan 8 November ini, sebagai tarikh mendengar kes berkaitan kelayakan Anwar bertanding dalam pilihan raya itu.

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, pihaknya berpegang teguh kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang memberi pengampunan penuh kepada Anwar sekali gus melayakkan Presiden PKR itu bertanding dalam PRK ini.

Katanya, rakaman video yang memaparkan Anwar menerima pengampunan penuh yang dimuat naik dalam media sosial sebelum ini, membuktikan bahawa calon PH itu kini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Mengikut rakaman apa yang disebut Pengarah Jabatan Penjara pada hari Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan, katanya Anwar tidak ada sebarang rekod jenayah…saya ulangi, beliau tidak ada sebarang rekod jenayah, jadi siapa yang pertikaikan isu ini, sebenarnya mempertikaikan kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang mengurniakan pengampunan penuh seperti baginda titahkan.

“Kita perlu menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong dan mengelak daripada mempertikaikannya,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH bagi PRK Port Dickson di sini, tadi.

Pada 28 September lalu, Noraziah Mohd. Shariff, 38, memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara pengampunan Anwar adalah tidak menepati perlembagaan.

Pemohon menamakan Anwar sebagai responden pertama dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan responden kedua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");