Perak Hari Ini

Orang Ramai Sokong Kerajaan Tak Hapuskan Grab

IPOH: Keputusan Kementerian Pengangkutan untuk tidak menghapuskan sebarang perkhidamatan e-panggilan seperti Grab dan akan berusaha mewujudkan pesaingan adil dengan perkhidmatan teksi disambut baik orang ramai.

Bagi seorang penuntut di sebuah institusi pendidikan di Bandaraya Ipoh, Muhammd Hafiz Rasid, 22, ketika ditemui PerakToday hari ini berkata, langkah tersebut bukan sahaja akan memberi pesaingan sihat dalam kalangan perkhidmatan tersebut malah, ia akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.

“Sebagai pelajar kemudahan pengangkutan awam dan perkhidmatan seperti Grab, kedua-duanya amat penting bagi kami kerana ia membantu kami untuk bergerak keluar untuk melaksanakan kerja kursus dan sebagainya.

“Jika sesuatu tempat itu tidak mempunyai perkhidmatan Grab, saya akan pilih perkhidmatan awam seperti teksi. Jika tiada teksi, saya akan menggunakan perkhidmatan Grab pula. Ia akan beri pelajar seperti kami banyak pilihan,” katanya, di sini.

Sementara itu, kakitangan awam, Ahmad Suhael Abd Manan, 31, berkata kerajaan juga diseru untuk turut mewajibkan lesen dan pematuhan syarat-syarat tertentu seperti yang dikenakan kepada pengusaha teksi kepada pengusaha perkhidamatan e-panggilan.

Katanya lagi, cadangan tersebut bukan sahaja dapat membantu agensi kerajaan dalam memantau pengusaha seperti Grab malah ia akan membantu kedua-dua pihak bersaing secara sama rata.

“Saya berpandangan ini merupakan isu utama yang membuatkan seglintir pengusaha teksi tidak berpuas hati dengan pemandu Grab.

“Mungkin dengan langkah itu, tidak akan berlaku lagi salah faham antara kedua-duka pihak pada masa akan hadapan,” ujarnya.

Pada masa sama, seorang tenaga pengajar di sebuah kolej swasta, Shannon Chong, 35, berpandangan bahawa perkhidmatan teksi tidak akan terjejas sama sekali dengan kehadiran Grab sebaliknya perkhidmatan tersebut masih mempunyai penggunanya.

“Jika yang tinggal di kawasan pendalaman yang mempunyai capaian internet yang lemah dan warga emas yang mungkin kurang mahir menggunakan aplikasi mudah ali, mereka masih memerlukan perkhidmatan teksi.

“Jika di kawasan tumpuan umum pun, ada juga masih lagi memerlukan perkhidmatan teksi,” jelasnya.

Pandangan itu turut disokong rakannya, Nur Liayana Muhd Saad, 35, selain menyifatkan kelebihan perkhidamatan e-panggilan dilihat lebih mesra pengguna.

Selain itu, beliau turut berkongsi pengalamannya ketika berhadapan dengan pemandu teksi yang tidak mahu menggunakan meter.

“Saya pernah meminta teksi untuk menghatarkan saya dari bandar Ipoh ke Terminal Bas Amanjaya. Selepas saya menolak perkhidamatan teksi tersebut kerana dia tidak menggunakan meter serta mengenakan caj yang mahal, dia mentertawakan saya secara sinis.

“Namun, saya bernasib baik kerana selepas itu berjumpa dengan pemandu teksi yang menggunakan meter selain memberi layanan yang baik.

“Teksi atau Grab masing-masing ada sahaja pemandu yang bermasalah. Namun, dalam isu polemik antara mereka, kita tak boleh pukul rata,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");