Membawang Hari Ini

Panjat Pokok Semata-Mata Nak Tengok Rihanna!

SEORANG wanita sanggup membahayakan dirinya sendiri apabila memanjat sebatang pokok semata-mata demi penyanyi kesayangannya, Rihanna.

Daily Mail melaporkan wanita itu bertindak sedemikian kerana ingin melihat dengan lebih dekat bintang itu yang hadir ke Sydney, Australia bagi melancarkan produk terbaharu kosmetik jenama keluarannya, Fenty Beauty.

Ribuan peminat berkumpul menghadiri pelancaran itu sehingga keadaan menjadi sesak kerana ingin bertemu penyanyi lagu Umbrella itu.

Rihanna yang tiba sekitar pukul 1 pagi dilihat sempat bermesra dan bergambar dengan peminat bertuah yang hadir lapor Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");