Perak Hari Ini

Parking bertingkat Jalan Dato Maharajalela Ditutup Sementara

IPOH:Orang ramai dilarang meletakkan kenderaan di dalam dan kawasan sekitar Bangunan Letak Kereta bertingkat Jalan Dato Maharajalela mulai 17 Oktober sehingga diberitahu kelak.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerusi satu kenyataan berkata penutupan sementara ruang tersebut berikutan terdapat keretakan pada dinding bangunan tersebut dan kerja-kerja baik pulih sementara akan dilaksanakan serta kajian lanjut berkaitan kekuatan struktur bangunan tersebut.

Berikutan itu pihak Majlis akan membuat bayaran balik sewaan letak kereta bertingkat (Oktober -Disember 2018) kepada penyewa yang terlibat.

Penyewa diminta untuk hadir ke Unit Letak Kereta, Tingkat 1, Jalan Bandar, 30000 Ipoh dengan membawa bersama dokumen seperti Salinan kad pengenalan penyewa,resit sewaan letak kereta bertingkat ( Oktober-Disember 2018) dan Salinan muka hadapan akaun simpanan/ penyata akaun bank (penama *MESTI* sama pada resit bayaran sewaan letak kereta).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak MBI di talian (Tel:05 208 3142/3145).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");