Perak Hari Ini

Pelajar USAS Teruja ‘Sembang Santai Bersama MB Perak’

KUALA KANGSAR: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu petang tadi berkesempatan meluangkan masa menghadiri program Sembang Santai Menteri Besar di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), dekat sini.

Selain Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar USAS, Prof Dr Wan Sabri Wan Yusof, ia turut dihadiri 1,200 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kursus pengajian.

Program yang berlangsung lebih daripada sejam itu digunakan sepenuhnya para pelajar untuk melontarkan sebarang soalan dan pandangan kepada beliau berhubung isu semasa, pentadbiran dan sebagainya.

Antara pandangan yang berjaya mencuri tumpuan Menteri Besar ialah cadangan wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa USAS yang mahu menjadi penganjur sulung dan tuan rumah kepada kejohanan e-sukan antara institusi pengajian tinggi (IPT) di negara.

“Bila nak buat? Secepat mungkin? Okay ‘on,” jawab Ahamd Faizal dengan ringkas yang kemudiannya diikuti dengan tepukan dan sorakan yang hadir.

Dalam pada itu, ketika ditanya kepadanya tentang isu kebebasan bersuara dalam kalangan pelajar khsusnya pada suasana politik yang baharu ini, beliau menjawab ianya harus digunakan dengan berhemah.

Jelasnya walaupun kerajaan menjaminkan kebebasan bersuara kepada rakyatnya namun setiap daripada mereka harus bertanggungjawab terhadap apa yang diungkapkan terutamanya menerusi media sosial.

“Setiap pelajar harus mengutamakan tanggungjawab mereka dalam pelajaran terlebih dahulu. Minat pula, harus berada di nombor dua. Ada yang minat politik. Ia tidak jadi masalah selagi tidak melupakan keutamaan mereka.

“Kebebasan bersuara itu memang sudah ada tetapi ia tidak bermakna kita boleh bercakap apa sahaja dan menghina sesiapa. Kita mahu demorkasi yang terpimpin,” jelasnya.

Selain daripada itu, para pelajar juga dilihat tidak melepaskan peluang untuk meminta beliau berkongsikan pandangan serta dorongan kepada mereka bagi menghadapi revolusi industri 4.0.

Selepas program itu berlangsung, Ahmad Faizal kemudiannya mengadakan lawatan ringkas di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS dan menunaikan solat Asar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");