Panasnya Hari Ini

Pemilihan PKR Perak 27 Oktober Ini

BAGAN SERAI – Pemilihan kepimpinan di 24 cabang PKR dan pemilihan ahli jawatankuasa kepimpinan pusat di negeri ini akan diadakan pada 27 Oktober ini.

Setiausaha PKR Perak Abdul Yunus Jamhari berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pilihanraya (JPP) PKR sedang bersiap sedia bagi memastikan pemilihan peringkat negeri ini berjalan lancar setelah pemilihan ditangguhkan bulan lepas.

“Penangguhan pemilihan berkenaan bagi membolehkan penambahbaikan sistem pengundian supaya pemilihan nanti dapat diterima ahli dengan telus,” katanya kepada pemberita selepas  program penyerahan cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) di Kampung Teluk Seribu Dua di sini, hari ini.

Abdul Yunus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam,Infrastruktur,Pertanian dan Perladangan negeri menyerahkan cek berkenaan kepada Hamzah Sulan, 65, bapa kepada Allahyarham Hamsan Hamzah, 41, yang maut apabila motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah kereta di sini, Sabtu lepas.

Pemilihan PKR Perak sepatutnya diadakan pada 23 September lepas namun ditangguhkan ke satu tempoh susulan beberapa masalah yang terjadi semasa pemilihan di Kedah dan Pulau Pinang sehari sebelum itu.

Pada pemilihan kali ini, PKR Perak menyaksikan 54 calon merebut jawatan ketua cabang manakala 1,183 lagi menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan lain di peringkat cabang. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");