Perak Hari Ini

Penduduk Bantah Aktiviti Korek Pasir

IPOH – Penduduk Kampung Baru Kuala Bikam hari ini menyatakan bantahan mereka terhadap aktiviti mengorek pasir oleh Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), disini, hari ini.

Susulan daripada itu, 40 orang penduduk kampung telah hadir di Pejabat Menteri Besar Perak bagi menghantar sendiri memorandum bantahan dan berharap kerajaan negeri dapat menghentikan aktiviti terbait. 

Peguam yang mewakili penduduk kampung itu, S. Meganathan memberitahu, bantahan itu dibuat susulan kegiatan dilakukan dengan jarak yang hanya satu kilometer dari kampung mereka.

Jelas beliau, penduduk kampung bimbang akan kesan buruk akibat kerja-kerja melombong pasir bakal memberi kesan kepada kegiatan seharian mereka.

“Majoriti penduduk kampung bukanlah dikalangan orang senang, mereka hanyalah petani dengan bercucuk tanam untuk sumber pendapatan mereka.

“Penduduk memohon agar kerajaan negeri menghentikan kerja-kerja tersebut supaya tidak berlaku bencana seperti banjir di kawasan mereka sehingga menjejaskan aktiviti penduduk,” katanya selepas selesai menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri hari ini.

Terdahulu, Meganathan berkata, pihak MB Inc. telah menjalankan operasi mengorek pasir seluas 200 ekar.

“Jika kerja-kerja sebegini ini mendapat kebenaran dan giat diteruskan lagi, satu kolam baru yang besar akan wujud iaitu seluas 190 ekar.

“Jadi apabila berlakunya hujan lebat, banteng antara kolam-kolam yang sedia ada ini akan pecah dan menjejaskan seluruh kampung serta aktiviti pertanian penduduk,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");