Perak Hari Ini

Penerbangan AirAsia Johor Bahru-Ipoh Dilancarkan Hari Ini

IPOH:AsiaAsia hari ini melancarkan penerbangan pertama dari Johor Bahru ke Ipoh yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) pada jam 8.40 pagi tadi.

Penerbangan sulung itu telah disambut oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan ketua Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

Turut hadir Pengarah AirAsia, Datuk Aziz Bakar, Exco Pelancongan Tan Kar Hing dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Zuraida Md Taib.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat Ipoh adalah laluan domestik AirAsia ke-17 dan merupakan laluan ke-16 dari hab Johor Baharu yang disediakan empat kali kekerapan penerbangan seminggu untuk para pengguna penerbangan laluan tersebut.

“Kami berbesar hati melancarkan perkhidmatan penerbangan terus ke Ipoh, pelancaran laluan ini adalah usaha AirAsia terus mengembangkan laluan perjalanan dan mahu lebih agresif memperluaskannya melibatkan laluan Johor-Bahru,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi turut dilancarkan hari ini penerbangan Johor Bahru-Alor Setar melibatkan empat kali kekerapan penerbangan.

“AirAsia berharap penerbangan ini akan mengalakkan kehadiran pelancong ke negeri ini dan komited mengembangkan sektor pelancongan serta mengembangkan sektor ekonomi melalui pelancong malah peluang pekerjaan.

“Pastinya kami ingin bekerjasama rapat dengan pihak Tourism Perak, agensi kerjaaan dan swasta bagi meningkatkan perkhidmatan penerbangan ke Ipoh kelak,” katanya.

Riad turut mensasarkan 80 peratus pengguna pengguna laluan domestik yang menunjukkan perkembangan positif dari semasa ke semasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");