Perak Hari Ini

Penerbangan Baru Air Asia: MB Perak Alukan Kedatangan Pelancong

IPOH – Air Asia telah melancarkan penerbangan sulung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh hari ini.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu ketika hadir ke majlis bersejarah itu mengakui berasa teruja serta mengalu-alukan pelawat baru ke Negeri Perak dan menghargai usaha pihak Air Asia.

Katanya, Perak merupakan destinasi pelancongan pilihan utama setelah mencatatkan jumlah pelancong seramai 20.1 juta berbanding 16.8 juta pada tahun 2016.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal turut menyatakan bahawa kerajaan negeri sedang menubuhkan Majlis Tindakan Pelancongan Perak (PTAC) bagi mewujudkan pelan induk untuk memacu sektor pelancongan negeri.

“Usaha ini termasuk penjenamaan semula pelancongan negara, termasuk Ipoh bagi menarik lebih banyak pengunjung domestik dan asing.

”Kami mempunyai semua produk untuk menarik pengunjung termasuk permata tersembunyi di Teluk Intan, Kuala Kangsar dan Taiping serta Taman Negara Belum Negeri, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Lembah Lenggong yang subur,” katanya dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh (LTSAS) sempena penerbangan sulung AirAsia dari Johor Bahru ke Ipoh.

Turut hadir Exco Pelancongan Negeri Perak YB Tan Kar Hing dan Pengarah AirAsia Berhad Datuk Aziz Bakar.

Terdahulu AirAsia menawarkan perkhidmatan penerbangan langsung sebanyak empat kali seminggu bagi penerbangan Johor Bahru-Ipoh.

Selain itu, kata Faizal, kerajaan begitu komited dalam merealisasikan semua potensi Perak dalam sektor pelancongan serta menjadikannya sebagai pemangkin ekonomi utama.

”Kami akan mendapatkan modal insan dalam sektor pelancongan dengan menyediakan program latihan semula dan peningkatan kemahiran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");