Sukan Hari Ini

Pengubat Duka Luqman

Walaupun skuad bawah 16 (B-16) tahun kebangsaan sudah tersingkir daripada saingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) minggu lalu, namun kejayaan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin merangkul gelaran penjaring terbanyak menjadi pengubat duka peminat bola sepak tempatan.

Luqman merupakan pemain pertama dari Malaysia yang memenangi anugerah tersebut dalam saingan AFC B-16 selepas menjaringkan 5 gol ke atas Tajikistan dan Thailand.

Luqman mengakui kejayaan ini membakar semangatnya dan tidak sangka mampu menjaringkan banyak gol selepas dua perlawanan.

“Saya rasa bangga buat pertama kali dapat anugerah penjaring terbanyak dalam kejohanan besar seperti ini. Ia hadiah buat pasukan dan seluruh penyokong bola sepak Malaysia.

“Diharapkan hadiah ini sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan semua pihak selepas kami tersingkir awal di peringkat kumpulan dan ia sudah semestinya menjadi motivasi untuk kerjaya masa depan saya,” katanya kepada Berita Harian.

Dalam kedudukan carta penjaring AFC B-16, Luqman berkongsi lima gol bersama pemain Jepun, Shoji Toyama dan penyerang Australia, Noah Botic.

Bagaimanapun, kejayaan Luqman yang meledak lima gol selepas hanya beraksi satu perlawanan setengah sebelum dilayangkan kad merah ketika berdepan Thailand menjadi kelebihan buatnya merangkul anugerah itu berbanding Toyama dan Botic yang beraksi sekurang-kurangnya lima perlawanan.

Luqman turut bertuah apabila Toyama tidak menjaringkan sebarang gol pada aksi final ketika berdepan Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Kejayaan yang diraih oleh Luqman Hakim bermakna pemain muda ini perlu beraksi di pentas yang lebih besar bagi meningkatkan dan memperkemaskan lagi tahap permainan beliau. Bagi meningkatkan lagi kualiti beliau, kami berpendapat Luqman perlu mencari peluang untuk beraksi di luar negara,

Jika Luqman berjaya menyertai salah satu kelab terbaik di luar negara, tidak mustahil beliau bakal menjadi penyerang terbaik yang dimiliki oleh negara pada masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");