Sukan Hari Ini

Perak Belum Selamat – Durakovic

IPOH: Jangan sombong dengan kelebihan dimiliki kerana Perak sebenarnya belum selamat. Begitulah peringatan Mehmet Durakovic kepada anak buahnya menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia berdepan Sabah di Stadium Likas, Ahad ini.

Memetik laporan BH Online, menurut Durakovic, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak walaupun mereka membawa bekalan lima gol berikutan kemenangan besar 5-0 di Ipoh pada 8 Oktober lalu.

“Jangan sekali-kali pandang remeh kemampuan Sabah. Mereka pasukan yang bagus. Lupakan apa yang berlaku di Ipoh dua minggu lalu. Jika kami boleh menang besar di Ipoh kenapa mereka tidak boleh. Kali ini mereka bermain di gelanggang sendiri dan dengan sokongan padu penyokong, semua kelebihan berpihak kepada mereka,” katanya selepas latihan pagi tadi.

Justeru, jurulatih dari Australia itu tidak mahu anak buahnya bersikap terlalu yakin serta berasa angkuh dengan kejayaan mereka setakat ini.

“Perlawanan ini pastinya tidak mudah. Masih ada 90 minit untuk pemain Perak berjuang mempertahankan kedudukan ini. Kami perlu bermain dengan cemerlang seperti ketika aksi pertama jika ingin mara ke final. Jika beraksi di bawah tahap, kami mengundang padah,” katanya.

Setakat ini dua pemain mengalami kecederaan iaitu Nor Hakim Hassan dan Wander Luiz menyebabkan mereka tidak menyertai latihan pagi tadi.

Durakovic berkata, beliau mendapat perkhabaran Kenny Pallraj yang beraksi buat Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan di Melaka malam tadi mengalami kecederaan ringan di buku lali.

Sementara Amirul Azhan Aznan tidak diturunkan dalam kedua-dua perlawanan persahabatan termasuk dengan Sri Lanka di Colombo 12 Oktober lalu kerana tidak sihat.

Dua lagi pemain Perak dalam skuad bimbingan Tan Cheng Hoe adalah Shahrul Saad dan penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");