Perak Hari Ini

Perak Intai Peluang Kerjasama Dengan Cuba

IPOH:Potensi untuk memperluas bidang bioteknologi dan pelaburan merupakan beberapa perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan antara Menteri Besar Perak dan Duta Besar Cuba.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata hubungan erat perlu dikukuhkan kerana setakat kini tiada sebarang bentuk pelaburan dan kerjasama yang dijalinkan antara Cuba di Perak.

Terdahulu beliau menerima kunjungan daripada Duta Besar Cuba ke Malaysia, Ibete Fernandez Hernandez di Pejabat Menteri Besar hari ini yang berlangsung secara tertutup sekitar hampir satu jam.

Mengulas lanjut jelas Faizal pertempuan hari ini adalah ruang untuk kedua-dua pihak berkongsi idea dan buah fikiran mengenai pelbagai perkara termasuk mengeratkan hubungan Malaysia dan Cuba.

“Cuba kini sudah semakin terbuka dari segi ekonomi jadi kita sendiri mencari laluan untuk pelaburan malah mereka mempunyai kepakaran dalam bioteknologi, kita boleh fikirkan idea bagi menghantar kepakaran ini untuk bekerjasama dengan pihak kita,” katanya kepada media selepas sesi perjumpaan tersebut.

Sementara itu Ibete mengakui kunjungan kali kedua ke Perak adalah untuk mengenalpasti peluang bagi pelaburan perniagaan di negeri ini selain memperkukuhkan hubungan dua negara.

“Kini sudah masanya Cuba begerak ke hadapan dan bekerjasama di sektor yang berpotensi dan memberikan kebaikan serta faedah kepada kedua-dua pihak yang mana Cuba mempunyai kekuatan dari segi bioteknologi,” katanya.

Biarpun tidak pernah menjalinkan hubungan pelaburan di negeri ini, Cuba katanya berminat untuk berkongsi kepakaran berkaitan dengan kajian rawatan diabetes dan kanser.

“Cuba tidak pernah menjalinkan pelaburan tetapi ada agensi di Cuba pernah bekerjasama dengan universiti di Malaysia dengan melakukan beberapa penyelidikan berkaitan dengan kajian vaksin dan ubatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");